Guest[s]
http://superziar.blogspot.com/
| Aim for the star if you not reach it you will fall on the moon. | The higher you fall, the higher you bounce. | If you don't give up, you can't failed! | A good leader is a good follower. | Keep strong and study engineering. | Think with a vision, act with wisdom. | You and I have the Power! | Hayya bil Jihad! | If you have the desire and passion to do something, it's within God's will, you'll achieve it! | #Justice #Freedom #FreePalestine #SaveEgypt #PrayForSyria #R4BIA
Zahin Iqmal

The Author






Zahin Iqmal Abd Rani
Kuantan , Pahang
#IIUMGombak
Keep Strong & Study Engineering
IIUM Driller

Wanna ask me some questions?
Leave it HERE! :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Celoteh



♦ Please leave your url blog here!
♦ Exchange link allowed!
♦ Harsh words not allowed!

Follower

Click Me


All rights reserved ® Zahin Iqmal 2013

Hati mekar berseri


Wednesday, October 19, 2016 2:19:00 AM 0 Comment(s)

"Assalamualaikum, enti ada mana ye? Bas dah nak gerak ni." - ujar aku melalui telefon.

Terpacak seorang gadis di hadapan muka pintu bas. Tak tinggi, tak rendah. Bersih dan kemas! Baju kurung yang dikenakan sesuai dengan tubuh, tudung pula melitupi sempurna. Wajahnya sangat indah! Perlahan-lahan, si gadis itu menaiki bas sambil memancar senyuman di wajah. Terus melangkah ke tempat duduknya.

Aku tidak berganjak, mata terpegun memerhati akan dia.
Alangkah tulusnya senyuman yang diukir!
Manis madu pun tak semanis senyum nya.

Ku lihat, dia tertawa-tawa bersama rakan seraya menyesuaikan diri di tempatnya. Apa yang diketawa, aku pun tidak pasti. Lucu sangat nampaknya. Tidak pula aku menyapa mahupun menanya. Segan!

Dua tahun lebih sudah berlalu, rasa baru semalam peristiwa ini berlaku. Masih segar dalam ingatan, saat aku bertemu dengan gadis yang aku tunggu-tunggu. Tak dijangka, tak diduga! Hubungan cuma sekadar agent dan customer bertukar sekelip mata. Kesilapan insan sekerdil aku ini dalam pengurusan, menemukan aku dengan sekuntum bunga.

Dahulu, namanya tercicir dalam senarai nama penumpang.
Sekarang, namanya sentiasa terpahat dalam hatiku. Selamanya!

Peristiwa itu menjadi titik permulaan aku mengenali hati budinya. Kini, sudah dua tahun, aku dan dia bersama. Suka dan duka di dalam kisah cinta itu biasa. Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah. Yang pasti, kenangan manis antara kita, tidak terkira!

Bila ada nya sabar, yakin dan percaya, kita akan mengatasi segalanya. Apa jua ujian dan cabaran, kita lalui bersama. Dengan adanya usaha dan tidak pernah kenal erti putus asa, kita akan berjaya! Together we stand, together we strong.

In our life, there are soooooo many retarders. You've your own problem, same goes here! and everyone also have their own obstacles. But, the different between you and me is how we face it. Never give up and always look for positive things that motivates you. Don't overthink on something because it may harm you. Jangan sedih, jangan menangis because i'll always stand behind you. If you fall, i'll be there. No matter what happens.

Dear Shahirah,

You are near, even if i don't see you.
You are with me, even if you are far away.
You are in my heart, in my thoughts, in my life,
Always!


Nur Shahirah Binti Suhaimi,
Terima kasih sayang,
Thanks for everything.
I love you so much!

Heartbroken!


Wednesday, June 24, 2015 7:35:00 AM 0 Comment(s)

It is human nature that requires couples. Every human being in this world definitely needs a friend living in the sense of prospective partner. Nobody can afford to live alone without partner. Nobody can afford to live alone without partner selection in this world. Hence, God has put the laws of nature that we cannot change it that every human being has a sacred nature to meet a mate that every human kind needs a life partner. 

As mentioned in Quran, [51:49]
"And of all things We created two mates; perhaps you will remember."

In my opinion, all of us need to play a vital role to help our community. As we can see in this modern epoch, teenagers nowadays are easy to fall in love with someone who is not sure and when their relationship is ending, they are not be able to control their emotion. They will feel frustrated and depressed. It makes them take the easy way to continue to forget their disappointment with self-injury or suicide. Why it happen in our society? It because love was not put into the place it should be. Love is natural. It enters the heart and leaves at will, and we do not have much control over it. While we do not have control over love, we do possess control over the actions it can lead us to.

In essence, love is good, but the actions that result from it that are needs to be concerned. As with anything, there is a certain limit and cap the max turns the good into bad. For instance, praying Salah is a good thing. No Muslim disputes this fact.

However, if one prays non-obligatory Salah (Tahajjud) all night and misses an obligatory Salah in the morning, then his praying that Tahajjud all night becomes something bad. Similarly, if love for something or someone begins blocking us from the worship of Allah and from following his orders, the love also becomes a bad thing. If a person, for the love of his loved, works all day long to build a happy family in future (so he can feed and clothe her well) and does not pray and remember Allah, then his love for his loved has evidently become bad for hi,. 

Allah Almighty says:
"O you who believe! Let not your properties or your children divert you from the remembrance of Allah. And whosoever does that, then they are the losers." [63:9]

In brief, love is allowed in Islam, but we need to maintain our relationship towards God Almighty in order to guide us to the right path. A believer who has started his spiritual journey towards God first comes to recognize God's blessings upon him in providing him with lots of supports and helps that enabled him to act. Having continued his journey and been equipped with a mystical vie of the world, he will realize that every good thing, indeed, comes from God himself. 

Allah says:
"Whatever benefits comes to you (O man!), it is from God, and whatever misfortune befalls you, it is from yourself" [4:79]


Dugaan bukan halangan.


Monday, December 15, 2014 3:27:00 PM 0 Comment(s)

"Air makin naik ni abah!" sergah aku. Tika itu 2.30 pagi.

Family aku sedang nyenyak tidur diulit mimpi di bahagian dapur, cuma kawasan itu yang agak tinggi dalam rumah dan air masih tidak mencecahnya. Mungkin letih mengangkat barang. Mata aku pula segar-bugar menonton siaran ulangan pencetus ummah sambil kaki ku direndami air bah!

Acah acah penjaga rumah tika itu haha. Lagipun aku baru pulang ke rumah dari kampus setelah dapat informasi akan kawasan rumah telah dinaiki air. Menghela nafas panjang aku! Fuhh. Mujur ada tiket balik kuantan. Walhal sudah ada berita jalan ditutup! Alhamdulillah.

"Air keruh dah mula masuk ni" Habis.

Tiba-tiba, air yang pada mulanya jernih (air hujan) paras buku lali dalam rumah bertukar keruh. Amat cepat! Paras air pula meningkat mendadak. Kelam kabut semua! Haru biru dibuatnya.

Mujur jua aku berjaga malam itu, aku ambil inisiatif kemas barang aku yang bertimbun dahulu. Buku-buku dikemas, diletakkan dalam beg. Baju-baju semuanya disimpan dalam plastik! 4-5 plastik besar juga baru muat. Banyak sangat!

Paras air semakin lama semakin meningkat! Baru berapa jam, dari buku lali sudah cecah pinggang! Itu dalam rumah.

"Boat mana boat? Tiada pengawal keselamatan ke? Bomba tiada ke?"

"Adik aisyah, Angah! Abah hantar dekat Bukit Rangin." Jam tertera menunjukkan 4 pagi.

Kawasan Bukit Rangin tinggi, tak selalu naik air. Last tahun 2001, banjir besar.
Atas faktor keselamatan, ayah aku dahulukan adik beradik aku yang perempuan. Tika ini 2 orang adik beradik aku, Lisa dan Husna tiada. Mereka tiada dirumah, masing-masing belajar dan hadiri kem.

"Zahin dengan Ibu tinggal di rumah, naik baik barang mana yang patut. Air naik cepat ni."- kata abah.

Hati aku resah! Air makin cepat naik. Dari paras pinggang terus ke dada! Cuma 4 jam ambil masa untuk penuhi. Bayangkan dari buku lali terus ke dada!

Azan subuh berkumandang. Solat subuh dalam air bah. Darurat dan terpaksa! Tiada lagi tempat tinggi. Semua tenggelam, basah! Aku panjat tangga, tinggi kan diri supaya senang. Senang untuk bezakan rukuk dan sujud. Tidak perlu rendam kepala, sukarkan diri untuk bernafas.

Sekembali ayah aku, sesudah abah, ibu dan aku menunaikan solat subuh. Kami masih cuba menyelamatkan barang-barang selagi mampu! Walhal ternyata kebanyakkannya akan tenggelam, namun cuba meminimakan.

Mujur dah ada pengalaman menghadapi banjir, tahu juga karenah banjir. Ikat semua perabot! Faham apa yang akan berlaku, hanyut! Naikkan tinggi semua sekali.

"Kita kena keluar ni. Air dalam rumah dah lebih paras dada. Kat luar lagi teruk ni, lagi tinggi!"- bicara abah.

Kemaskan diri! Bawa bersama apa yang berkenaan. Tinggalkan rumah dan segala isinya. Motor dah tenggelam walaupun diletakkan di kawasan paling tinggi di dalam rumah. Yang lain tak payah cakap! Habis semuanya.

"Mana boat ni? Tiada boat ke yang lalu?" resah gelisah.
Jam 7.30 pagi tika itu! Nekad dan tekad!

Harungi banjir paras leher di luar rumah. Takut! Segala kemungkinan bermain dalam fikiran. Abah pandai berenang, aku dan ibu tidak. Faktor ketinggian, faktor tidak nampak jalan untuk dilalui juga menyusahkan. Hanya pengalaman membantu. Dah beberapa tahun duduk disitu.

Akhirnya sampai dataran tinggi, lega! Hujan masih renyai. Tidak nampak bakal surut malah makin naik.

Pusat pemindahan banjir jua ditenggelami! Putus bekalan air, elektrik jua. Kawasan tinggi jua tenggelam. Sama macam 2001, mungkin lebih teruk. Semua kelam kabut!

Tak terungkap perasaan aku. Melihat semuanya merintih kesedihan. Ada yang kurang kemampuan, hanya makan kerak nasi untuk alas perut! Bantuan tidak adil, tidak cukup dan tidak sistematik, masing masing berebut. Sayu!

Tiada duit, mereka kelaparan. Rumah habis tenggelam. Barang keperluan mereka jua basah dan tidak boleh diguna.

Aku cuma mampu melihat apa yang berlaku. Tidak disangka bah begini rupa. Haru biru dibuatnya!

Aku boleh bercakap sabar dan terus bersabar. Tapi aku tak dapat bayangkan perasaan si pemilik. Yang rumah penuh isi ditenggelami. Kenderaan direndami. Perniagaan terhenti. Haiwan belaan mati. Ada yang hilang orang yang dicintai. Sebak!

Menangis hati kecil ini. Melihat seorang demi seorang, menggelengkan kepala mereka. Habis habis semuanya.

Ada itu, rumah dua tingkat. Cuma nampak atap! Bayang lah.

Alhamdulillah. Rumah aku cuma paras leher di dalam rumah, diluar? Hampus kepala aku. Haha

Kini sudah setahun, berdoa ianya tidak kembali berulang. Tiada lagi tangisan dan rintihan, Tiada lagi kerugian dan kehilangan.

Namun jika diuji lagi, aku mengharap semuanya tabah dan berhati hati. Segala persatuan dan unit bantuan diharap jujur dan sistematik. Tidak perlu membezakan parti! Kerajaan mahupun pembangkang sama sahaja.

Masing masing menyalahkan satu sama lain. Hal ini, sepatutnya kita semua perlu bersatu! Semua perlu serumpun, bersatu padu mengerah segala tenaga. Tiada kempen untuk tunjuk siapa hebat, siapa lemah. Tiada nak tunjuk siapa lebih cakna.

Tiada lagi ungkapa sebegini rupa.
"Hanya nampak biru je yang bagi bantuan."- kata seorang pemimpin Malaysia di TV.

Dalam misi kemanusiaan. Apa salahnya jika kita bersatu padu tak kira warna kulit, tak kira parti politik, tak kira kaum. Jangan terlalu jumud! Jangan terlalu bezakan diri serta cepat menghukum. Zahirkan sifat mulia. Senyum

Berdiri teguh, bercerai roboh!











Duhai rakan,

Siapa tahu apa Allah nak bagi ujian pada kita?
Siapa tahu ujian kita besar?
Siapa tahu semuanya?

Seringkali kita salah erti. Asal ujian tiba! Hati mendegus hiba. Merintih sedih jauh dari mengambil iktibar atas sesuatu perkara.

Pelbagai persoalan terpacul dimulut tika menerima dugaan!

Kenapa aku yang diuji?
Apa salah aku?
Mengapa aku diuji sebegini?
Aku tak mampu untuk hadapi dugaan ini!

Allah sudah tetapkan segalanya. Tiada sangsi dan tiada ragu! Bukankah Allah turunkan ujian selayaknya bagi hamba mereka?

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya ..... " [2:286]

Tidakkah kamu yakin? Yakin dengan diri akan tiada apa yang mustahil? Jangan lihat diri kamu sahaja, lihat kehadapan. Lihat sekeliling! Luaskan pandangan. Patutkah kamu bersyukur seadanya.

Syukur aku masih ada ibubapa, dapat jua rasai kasih sayang mereka. Syukur aku masih ada kaki dan tangan untuk aku berbakti dan menyumbang! Syukur aku masih ada kemampuan untuk teruskan kehidupan. Masih ada peluang untuk aku ubah! Banyak lagi!

Kau lihat! Mereka ada kekayaan tapi tiada ketenangan! Mereka ada kaki dan tangan namun disalahgunakan. Mereka masih ada ibubapa tapi tidak diendahkan! Mereka jua diuji malah lebih teruk dan dasyat dari diri kita ini.

Tidakkah kau lihat semua ini, rakan?

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [29:2]

Moga kita terus tabah untuk menyelusuri liku-liku kehidupan. Bangkit andai jatuh! Teruskan langkahmu. Tiada apa yang mustahil jika engkau terus melangkah pergi. Yakin yang diri itu cukup kuat untuk hadapi.

Keluarkan lah segala tangisan keperitan yang kau alami! Menangis sepuasnya. Tidak salah! Namun sesudah itu, bangkitlah dan terus bangkit! Bukan serik.